Wednesday, December 28, 2011

Mabrouk!

Mabrouk!
kata tahniah dan syukur buat anda dan seisi nya.

barakallahu fi kum!

moga Allah memberkati dan memberkahi anda dan seisinya

tiada apa yang lebih bahagia, dalam membina hidup yang bersifat baru.

selain, merasai hangatnya keluarga mawaddah wa rahmah.
tak da apa yang lebih bahagia,
bila sesuatu fasa kehidupan yang baru itu,
terbina dalam keadaan bi'ah solehah.
dan bekejar-kejar untuk mencapai mardhatillah.

salam kesyukuran dan keseronokkan tak terhingga dari

SAYA!
:D

Monday, December 19, 2011

lucunya!





bila ditolak balik hari sebelum berpijak di bumi Eire, teringat dialog gua dan bos di klinik.

                                                      Dr Razi : (18.Sept.2011)
ermmm..awak dah duk luar nanti..gunalah manfaat tu untuk tengok negara kita dari sudut pandangan luar..lebih mudah awak tengok pemudanya..






Gua :(19.Dis.2011)
oh, macam ni ke negeri gua..sorang pemuda kutuk indon, sorang pemuda kutuk pergerakan, sorang pemuda  sibuk pasal seksualiti merdeka, sorang pemuda sibuk pasal berebut itu-berebut ini..yang itu-yang ini..

bila gua tengok negeri gua sekarang dan sekitar benua-benua yang lain..haiiyyaaaa..lucunya negara gua!




Saturday, December 17, 2011

nak. apa sebenarnya



awak suka seronok, saya pun suka seronok..
awak suka harta, saya pun suka harta..
awak suka berkawan, saya pun suka berkawan..
awak suka buat benda baik, saya pun suka buat benda baik..
awak suka berfesbuk, saya pun suka fesbuk..
awak suka seni, saya pun suka seni..


tapi,....

awak, saya, dan orang lain..

apa yang kita nak sangat sebenarnya dalam hidup ni?
pernah tak fikir, kenapa saya hidup...
dan kenapa saya membesar sampai sekarang??

kalau diimbas balik, masa dan tarikh yang sama,
1-2-3 tahun lepas..apa yang kita buat?
kalau masih yang sama, adakah kita dah jumpa tujuan kita masih dihidupkan?

atau kita masih lagi suka untuk bersuka-suka( ermmm..???)

kawan..sedarlah, yang sebenarnya ada tujuan kita dihidupkan..
bukan satu putaran => berjaya+berkahwin+berduit= bahagia..

tapi LEBIH dari itu..

Sunday, December 11, 2011

mata ini belum tumpul, Ya Allah.



dalam melihat realiti umat,
yang berbagai kerenah;
yang di tanah air sibuk memperlekeh isu hudud, 
sedang fahaman dan izzah terhadap pengESAAN kepada Allah
secara TOTAL belum terlaksana dalam diri
yang di negara jiran yang tak usai liberalnya
sibuk dengan urusan hubungan suami-isteri antara ibu dan anak,
kemiskinan, korupsi, penghambaan sesama manusia
sedang di negara orang melihatnya sebagai negara 'islam',
sibuk bermewah-mewah,
bangunan mencakar-cakar,
emas berlian digantung segala..

sedang umat seaqidahnya,
melarat kelaparan, kemiskinan kejiwaan dari sudut ruhi..


yang Allah,
aku mohon,
agar mata ini belum tumpul;
untuk melihat penyakit-penyakit yang bersarang,
dalam diri kami yang bergelar ISLAM..
moga aku sentiasa rasa BERDOSA dan BERSALAH,
kerana dengan itu sahaja,
aku ini merasakan, RASA seorang yang bergelar;
HAMBA~

Wednesday, November 9, 2011

JIKA

jika dengan mengingati sang anda,
jalan dakwah dan tarbiyyah ini mampu
di pandu-di pacu laju
sudah tentu dengan darah sekalipun
kalau di butuhkan
aku  tumpahkan!



TAPI,
jika dengan mengingati sang anda,
jalan ini mengulitkan lagi mimpi lena umat
yang panjang
dan menyekatkan jalan kelancaran dakwah dam tarbiyyah ini
lalu menjadi batu-batu kerikil kasar-keras
menyukarkan perjalanan,




rela aku tinggalkan sang anda
di puput bayu-lalu
hilang bersama nafas yang terbebas!

* Tuhan..aku pohon nafas bebas
supaya hati ini
tak lagi kebas berbekas



Tuesday, October 25, 2011

surat Rooney untuk Drogba yang sedang menangis

Kehadapan Drogba, (wah, nampak awkward bila Rooney menulis begini..)..harap dalam keadaan sihat dan iman turut bertambah sihat..gua tau kejadian yang dulu-lepas banyak makan hati sampai ke perut lu..tapi atas dasar sayangnya gua kat lu kerana Allah subhanahu wa taala, gua terpaksa buat gitu..lu tahu Drogba, seorang sahabat yang mengasihi sahabatnya kerana Allah subhanahu wa taala, akan cuba sedaya upaya, agar sahabatnya tidak jatuh ke lubang neraka. kalau ia pun terjadi, dia kan terjun dan mengambil sahabatnya untuk ke syurga..hebatkan Drogba? dan bertapa hebatnya, kalu lu nak tahu..apa pasal gua buat lu sedih dan kecik hati sama gua punya sikap; sebab seorang sahabat yang cintakan sahabatnya kerana Allah, akan berhenti melalukan perkara yang dibenci oleh Allah, seperti dia benci dirinya dan sahabatnya untuk masuk ke neraka.. sebelum gua berhenti menulis surat dan lekat setem..gua nak share dengan lu, cakap Allah yang mengukuhkan lagi sebab gua buat lu kecik hati pasal hal yang dulu-lalu..
' Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhan-mu dan mendapatkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.' '(yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.Dan Allah Mencintai orang yang berbuat kebaikan.' 'dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain ALLAH? Dan mereka Tidak Meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.' 'Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal' ( 133-136: ali' Imran) Drogba, semoga ayat-ayat Allah ini dapat membersihkan hati dan membalut luka hati lu sebab gua yang banyak kurang..moga lu dapat main dalam chelsea dengan jayanya, dan gua pun harap yang sama.asiffun jiddan, dari temanmua Rooney!

Saturday, October 22, 2011

ultimate

setiap manusia itu dipinjamkan dengan berbagai perasaan yang bercampur baur.sekejap gembira.sekejap berduka. ada pula yang memiliki perasaan tersebut dalam pelbagai perihal.umpamanya : 'gua memang rasa tak best hari ni' atau 'gua okey je kot so far'.Tapi pernah tak setiap manusia itu berfikir tentang bagaimana atau sebab perasaan-perasaan itu boleh muncul?..maka, alangkah gembiranya, apabila setiap perasaan itu diletakkan di atas neraca Allah..naahhhh..itulah dinamakan karunia..yakni, disaat segala perasaan itu disandarkan kepada pemilik, pemberi perasaan; seseorang hamba itu mendapat satu nilai yang amat super hebat yakni ; MUQARABBAH! merasakan kehangatan Allah itu benar-benar bersama kita..subhanallah..namun, keadaan ini akan terhakis dan lumpuh, pabila kita sendiri yang mengfuturkannya.

Thursday, October 20, 2011

Ya Allah peliharalah jalan ini..

Menjadi manusia yang berada didalam mana-mana lingkungan kehidupan..sudah tentu berdepan dengan cabaran, konflik dan kesukaran sesuai dengan keberadaan diri pada ketika dan saat itu..namun, cabaran, konflik dan kesukaran yang paling memberatkan hati seseorang yang meletakkan dirinya dalam dakwah dan tarbiyyah ialah KEIMANAN dan KETAKWAAN yang istiqamah..namun, terkadang terjadi juga insiden-insiden "relapse"..di mana setiap hamba itu akan diuji untuk pembersihan hati..namun, sang hati perlu sedar bahawa dosa-dosa yang dianggap kecil itu akan mengurangkan sensitiviti keimanan..yang perlu dibata, disimen, kukuh!..Ya Allah, peliharalah jalan ini, sucikan dan beesihkan lah dari segala jahiliyyah yang merajai nafsu dan akal..astaghfirullah ..

Friday, October 14, 2011

umar memang kewl bahagian 2

Umar memang kewl..setibanya di kolej, Umar terus ambil tempat duduk di bilik kuliah..memandangkan bilik kuliah tempatnya bebas, Umar ambil tempat yang dapat menjaga pandangan Umar dari melihat yang bukan Haq dan tidak pula bersebelahan dengan kaum bukan muhrimnya..Umar memang kewl..Umar berkawan dengan Bob..setibanya Bob, di seblah Umar. Bob menyapa 'Wassup bro??!!!how r u doing today?!' sambil menarik janggut Umar..Umar memang kewl..Umar bangun dan angkat kaki depan Bob..'u see this Bob? my foot is more clean then u since I washed it 5 times a day!'..Umar memang kewl..Umar percaya umat islam adalah aziz (mulia)..dan Umar merasa izzah terhadapnya..Umar pantang orang lain memperkotak katikkan identiti Umar..Umar memang kewl..:)

Thursday, October 13, 2011

Umar memang kewl bahagian 1

Umar memang kewl. Tiap tengah malam, walaupun tinggal di atas Bar Camdin's Street, Umar tetap bangun tahajjud, membasahkan lidah dan kelopak mata bertasbih mengingati Allah. Lalu menderu-deru malaikat datang dan menghantar report kad Umar kepada Allah. Dan Allah al-aziz akan tanya pada malaikat, 'hamba-Ku Umar ini mahu apa wahai malaikat?'..lalu, para malaikat pun menjawab, 'hamba-Mu ini tak henti-henti mangagungkan nama-Mu, dan memohon keampunan kepada Mu.'lalu Allah berkata, 'aku terima taubatnya, dan mencurahkan rahmat-Ku kepadanya'.. Umar memang kewl.lepas solat tahajjud, dia solat subuh berjemaah.tapi, sebab Umar seorang pemuda yang kewl..dia takkan berlari-lari nak ke masjid.Umar datang awal. Sebab Umar tahu, doa antara azan dan iqamah itu mustajab..selesai berdoa, Umat solat sunat dan baca Quran..Umar yang kewl terus balik ke? Oh mestilah tidak..sebab lepas subuh, Umar yang kewl join halaqah dan buat quranic circle, sebab Umar tahu dia sedang duduk didalam taman-taman syurga yang jauh lagi indah dari Stephen Green Park. sampai hampir waktu dhuha, Umar solat sunat dan pergi ke kolej.. Umar pemuda yang kewl..Umar naik bas, tapi sebab Umar kewl.Umar tak hiraukan hiruk pikuk mat saleh disekeliling Umar..Umar sibuk menanam pokok di syurga..dalam hati Umar, terkumat kamit bertasbih kepada Allah al-aziz 'subhannallah, alhamdulillah, walaa illahaillallah, allahuakhbar'.. Umar memang kewl:)

Sunday, October 9, 2011

Saya budak IKRAM!

Bezanya kita islam dengan bukan islam ialah kerisauan kita hanya pada tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah, hal-hal rezeki bukanlah kerisauan kami kerana semuanya dari Allah. Berbeza pula dengan satu kaum ini pula, yang sanggup mati dan bunuh diri kerana risaukan rezekinya..

Sunday, August 7, 2011

apa rasa?

pada suatu tengahari bulan puasa yang terik.cak macam biasa kerja part-time di klinik area town.kebiasaanya, time-time gini.budak-budak methadone tak puasa berpusu-pusu menyerbu klinik.

datang sorang brader."dek, nak beli ubat.untuk anak.demam-batuk-seme.yang sedap!"

dua saat.
tiga saat...

10 saat..
15 saat..
satu menit...

"ni ya ubat.tarik 5ml.3 kali sehari"(degan penuh profesional)

"sedap tak ubat ni?"

"sedap!rasa paprik".balas cak penuh steady!

Friday, July 15, 2011

apa ertinya!



umat islam sedang hidup dalam keadaan kekosongan yang terlalu parah dalam berbagai lapangan kehidupan. dibelunggu tawanan kekalahan dan keciciran.
terus dicengkam perasaan tertipu pula oleh slogan-slogan yang penuh dengan kepalsuan dan keindahan zahir yang memukau.
keadaan sebeginilah yang menyebabkan umat Islam menerima kekalahan buat kali kedua, ketiga, keempat dan seterusnya kekalahan demi kekalahan.

puncanya : umat Islam kini tidak memahami makna menggabungkan diri dengan Islam.hasilnya mereka di satu pihak dan Islam itu menjadi pihak yang lain dalam diri mereka.carca marba!

Wednesday, June 22, 2011

menonton



kata orang.menonton gambar biar berisi.tak melopong menelan klise bergrotesk berhari-hari.kata orang, menonton gambar itu berlibur.seelok-elok libur.adalah yang membawa kita mengenal haq dan batil.terus mengenal pencipta:ALLAH!

Tuesday, June 14, 2011

....Tt...



"setibanya disisis-Mu ku berserah, terimalah aku. Hamba-Mu Allah"-imam muda-

Monday, June 13, 2011

51:56

"tidak Aku ciptakan Jin dan Manusia melainkan HANYA BERIBADAH kepada-Ku"

memahami tujuan hidup kita.
hanya seorang hamba Allah yang perlu beribadah.
hanya kepada Tuhannya iaitu Allah.

konsepnya yang paling mudah;
"TOTAL SUBMISSION"
analoginya:

kertas periksa yang perlu di"submit"
bolehkah dihantar hanya separuh?

persoalannya;
sepanjang kita hidup.
sepanjang mana masa yang telah disubmitkan total sebagai ibadah kepada Allah?!

surah ke 2: ayat 143

selama muslim itu hidup.
perlulah ia tahu mengapa ia hidup.
solatnya, puasanya, zakatnya dan hajinya.
bukanlah satu bentuk rutin yang diikut membuta -tuli!
tetapi perlu sedar daripada penyaksiaan awalnya iaitu;

"saja aku naik SAKSI bahawa tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah, dan aku naik SAKSI bahawa nabi muhammad s.a.w itu pesuruh Allah"

maka, secara otomatiknya,
si muslim itu manjadi saksi, dan membukti kebenaran penyaksiaan itu melalui;
kesopanan akhlak islamnya dan dakwahnya.
semua kita perlu menjadi da'i
di atas penyaksiaan syahadah kita!

tak cukup hanya
solat,zakat, puasa dan haji!

cak-cekor

My photo
binasa-membinasa.Satu menista lain gila.