dalam melihat realiti umat,
yang berbagai kerenah;
yang di tanah air sibuk memperlekeh isu hudud,
sedang fahaman dan izzah terhadap pengESAAN kepada Allah
secara TOTAL belum terlaksana dalam diri
yang di negara jiran yang tak usai liberalnya
sibuk dengan urusan hubungan suami-isteri antara ibu dan anak,
kemiskinan, korupsi, penghambaan sesama manusia
sedang di negara orang melihatnya sebagai negara 'islam',
sibuk bermewah-mewah,
bangunan mencakar-cakar,
emas berlian digantung segala..
melarat kelaparan, kemiskinan kejiwaan dari sudut ruhi..
yang Allah,aku mohon,
agar mata ini belum tumpul;
untuk melihat penyakit-penyakit yang bersarang,
dalam diri kami yang bergelar ISLAM..
moga aku sentiasa rasa BERDOSA dan BERSALAH,
kerana dengan itu sahaja,
aku ini merasakan, RASA seorang yang bergelar;
HAMBA~


No comments:
Post a Comment