Monday, January 26, 2009

mAraH x BeTemPat x De GunEnyeee..

rmi dr kite yg marah tntg israel-plstn,tp agk tkilan jka yg mncarut lebey2 tu x tau sej. israel
ok..pade adik,abang,kakak,makcik2,opah2,atuk2.dan sanak sekalian..bawak2 betenang..memang bagus untuk kite sume rase bengkak,bengang,panaz,simpati,sedey tu sume..tapi..sungguh terkilan kalo rase itu sume hadir tanpe ape2 ilmu pengetahuan langsung tentang bagaimana,punca,sebab,musabab mendalah tu sume barlaku..


yang kite tau cume..ISRAEL TU JAHAT..TOL X??..tapi penah x kite kaji..kenape dia jahat??..ape peristiwa yang boleh membawa kepade tragedi berdarah ni sejak sekian lame..ok..sebelum mengulas pnjg lebar..izinkan saye memohon maaf atas segale kata2 sebelum dan selepas penulisan ini..saye juge seorang manusia biase..jadi, besame2 lah kite bekongsi ilmu ape yg kite ade..baik..saye akan mnerangkan serba sedikit tntang isu israel-palestin ini secare point2 ringkas agar tidak mudah jemu dan berputus asa untuk tahu..oraaaaiitt..





Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam, dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya, agar kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


1917 - bermulanya kisah duka, tragedi, penindasan duka, tragedi, penindasan dan perjuangan umat Palestin.
Penindasan di Eropah
  • Masalah Palestin berasal dari Eropah:

  1. Yahudi ditindas dan dipandang hina.

2. Penindasan ke atas kaum Yahudi di sana menyebabkan mereka impikan sebuah negara tersendiri


3. Theodore Herzl - cetuskan idea penubuhan negara Yahudi di Palestin

4. Beliau mengetuai gerakan ke arah itu yang dipanggil gerakan Zionisma (2 yang panggil zionist tu...)



Bila dan bagaimana Israel ditubuhkan?

Fasa 1 : 1917 –– 1945

(selepas kekalahan Turki Uthmaniah dalam WW1)Palestin ditakluk oleh British –diletakkan di bawah ‘British Mandate’


  • Deklarasi Balfour – Parlimen British (1917)

  • Atas usaha British, pendatang Yahudi memasuki Palestin secara beramai-ramai.

1945 –1947 Kesan dari Peperangan Dunia II dan ‘holocaust’

  • Palestin dijadikan negara untuk menempatkan orang Yahudi yang menjadi mangsa ‘holocoust’.( nak tau lebey lanjut pasal 'holocaust ni korang bace politik dunia la..eh..men jew..ok..blog yg akan dtg ak kasik tau..sdang mencari..ok?)(tp kalo maksud holocaust aku tau la kemusnahan besar2an atau minta korban yg banyak)

  • Menimbulkan masalah dengan penduduk asal.


  • PBB membentuk UNSCOP untuk menyelesaikan konflik antara penduduk asal Palestin dengan pendatang Yahudi 1947 –1949

  • PBB menerima cadangan UNSCOP berkaitan pembahagian wilayah dan meluluskan Resolusi 181 : 55% wilayah Palestin untuk pendatang haram Yahudi (lebih dari separuh tuuu..BENGKAK X??..ORG LEN YG SIBUK2 URUSKAN TANAH AIR SENDIRIK!!)

  • 14 Mei 1948 penubuhan Israel diistiharkan oleh PM Israel yg pertama David Ben Gurion 1949

  • Perang Arab-Israel yang pertama. Kekalahan tentera Arab menyebabkan Israel menambah wilayahnya kepada 77% (DAH LA MEMANG ASAL2 PENDATANG HARAM!!!PASTU TAMBAH WILAYAH SUKE ATI AND TUNJUK BAGUS KAT PENDUDUK ASAL..MEMANG KORANG NI SIAL!!)

  • Disahkan kemudiannya melalui ’Rhodes Armistice’ 1949



SO??AMACAM..DAH TAU SBAB NYE..MUNGKIN INI X BAPE CUKUP..HARAP KITE SUME CUBE UNTUK TAMBAH ILMU PENGETAHUAN KITE SUPAYE IMAN KITE BETAMBAH KUAT DAN UKHWAH ISLAMIAH ANTARA UMAT SEMAKIN UTUH!!TAKBIR!!ALLAHUAKBAR!!(kalo nak share lagi ilmu..pasal israel-palestin ni..trus ke blog seterusnye..ade lagik aku nak share..isyaallah..)

Monday, January 19, 2009

sape itu yahudi?

SEJAK 18 hari ini seluruh dunia meratap gara-gara kezaliman Israel. Tentera Zionis terus-menerus mengebom, mengganyang rakyat Palestin. Israel, nampaknya terlalu berkuasa.

Saya tidak 'berkuasa' lagi untuk mengulas panjang mengenai peperangan sebelah pihak itu. Tapi saya ingin berkongsi dengan pembaca sekelian, siapa sebenarnya Yahudi ini dan mengapa mereka terlalu berkuasa.


Kita harus kaji secara akademik, ilmiah untuk mengetahui siapa mereka ini.Saya amat tertarik dengan tulisan seorang penulis bebas, yang juga Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan (CRSS) Pakistan, Dr.Farrukh Saleem (rujuk http://www. masada2000. org/Powerful-Jews. html) mengenai soal tersebut.


Jadikanlah tulisan itu sebagai tatapan dan renungan kita semua - ke mana kita dan ke mana umat Islam harus pergi selepas ini. Dan, siapa yang harus disalahkan? (Nota: Sedikit sebanyak ia juga akan menjawab surat-surat dan SMS yang dihantar untuk ruangan Forum, Utusan Malaysia yang meminta ditonjolkan apakah produk di belakangnya Yahudi).


Begini tulisan beliau:Hanya ada 14 juta Yahudi di muka bumi ini; tujuh juta di Amerika, lima juta di Asia, dua juta di Eropah dan 100,000 di Afrika. Bagi setiap orang Yahudi ada 100 orang Muslim (1:100).


Namun, jika dicampur semua sekali, Yahudi lebih 100 kali berkuasa daripada orang Islam.Mengapa ini berlaku?


Siapa mereka ini?


1.Nabi Isa (Jesus of Nazareth) ialah Yahudi.
2.Albert Einstein, saintis zaman moden paling terkemuka dan disebut oleh majalah Time sebagai 'Manusia Abad ini' ialah seorang Yahudi;
3Sigmund Freud - melalui teori id, ego dan super-ego ialah bapa psikoanalisis, juga seorang Yahudi; begitu juga Karl Marx, Paul Samuelson dan Milton Friedman.


Selain mereka banyak lagi orang Yahudi yang hasil kebijaksanaan mereka berupaya menghasilkan keperluan untuk kita semua:


1.Benjamin Rubin memperkenalkan jarum suntikan pelalian.

2.Johas Salk mereka vaksin polio yang pertama.

3.Gertrude Elion mencipta ubat melawan leukemia.

4.Baruch Blumberg mencipta vaksin Hepatitis B.

5.Paul Ehrlich menemukan rawatan untuk siflis.

6.Elie Metchnikoff menang Hadiah Nobel untuk penyakit berjangkit.

7.Bernard Katz menang Hadiah Nobel kerana kajian mengenai transmisi neuromuskular.

8.Andrew Schally penerima Nobel dalam kajian endokrinologi (berkaitan sistem endokrin dan
kencing manis).

9.Aaron Beck menemui terapi kognitif (rawatan mental, kesugulan dan fobia).

10.Gregory Pincus membangunkan pil perancang keluarga yang pertama.

11George Wald menang Nobel bagi kajian mata manusia,

12.Standley Cohen dianugerahi Hadiah Nobel dalam kajian embriologi (kajian janin dan
perkembangannya).

13.Willem Kolff mencipta mesin dialisis (mencuci) buah pinggang.



Sejak 105 tahun, 14 juta Yahudi menang 15 dozen Hadiah Nobel, sementara tiga dimenangi oleh 1.4 bilion umat Islam.

1.Stanley Mezor mencipta mikrocip pertama.

2.Leo Szilards membangunkan reaktor rangkaian nuklear pertama;

3.Peter Schultz (kabel gentian optik); Charles Adler (lampu isyarat);

4.Benno Strauss (besi tahan karat - stainless steel);

5.Isador Kisee (sistem suara di pawagam);

6.Emile Berliner (mikrofon untuk telefon)

7.Charles Ginsburg (alat pita rakaman).

8.Saudagar jenama terkaya dunia juga dikuasai Yahudi iaitu Ralph Lauren (Polo),

9. Levis Strauss (Levi's Jeans),

10.Howard Schultz (Starbuck's),

11.Sergey Brin (Google),

12.Michael Dell (Dell Computers),

13.Larry Ellison (Oracle),

14.Donna Karan (DKNY),

15.Irv Robbins (Baskin & Robbins)

16.Bill Rossenberg (Dunkin Donuts).

17.Richard Levin, presiden universiti tersohor Yale Universiti ialah seorang Yahudi.

18.Henry Kissinger, Joseph Lieberman dan Madeleine Albright (bekas-bekas Setiausaha Negara AS);

19.Alan Greenspan (bekas pengerusi Rizab Persekutuan AS di bawah Reagan, Bush, Clinton dan Bush);

20.Maxim Litvinov (bekas Menteri Luar Soviet Union);

21.David Marshal (bekas Ketua Menteri pertama Singapura);

22.Isaac Isaacs (bekas Gabenor Jeneral Australia);

23.Benjamin Disraeli (negarawan dan penulis Britian);

24.Yevgeny Primkov (bekas Perdana Menteri Rusia dan bekas jeneral KGB);

25.Jorge Sampaio (bekas Presiden Portugal);

26.Herb Gray (bekas Timbalan Perdana Menteri Kanada);

27.Pierre Mendes (Perdana Menteri ke-143 Perancis);

28.Michael Howard (bekas Setiausaha Negara British);

29.Bruno Kreisky (bekas Canselor Austria)

30.Robert Rubin (bekas Setiausaha Perbendaharaan AS).



Dalam dunia media, orang Yahudi yang terkemuka ialah

1.Wolf Blitzer (CNN);

2.Barbara Walters (ABC News);

3. Eugene Meyer (Washington Post);

4.Henry Grunwald (Ketua Editor Time);

5. Katherine Graham (penerbit The Washington Post);

6.Joseph Lelyyeld (Editor Eksekutif, The New York Times)

7.Max Frankel (The New York Times).



  • Dermawan dan penyangak mata wang, George Soros ialah Yahudi. Dia menderma AS$4 bilion untuk membantu ahli sains dan universiti serata dunia.


  • Walter Annenberg menderma untuk membina ratusan perpustakaan berjumlah AS$2 bilion.Di Olimpik,

  • Mark Spitz membolot tujuh pingat emas.

  • Lenny Krayzelburg ialah pemegang tiga kali pingat emas Olimpik.

  • Spitz Krayzelburg dan Boris Becker adalah Yahudi.

Tahukah anda bahawa pelakon pujaan Harrison Ford, George Burns, Tony Curtis, Charles Bronson, Sandra Bullock, Billy Cystal, Woody Allen, Paul Newman, Peter Sellers, Dustin Hoffman, Michael Douglas, Ben Kingsley, Kirk Douglas, Willian Shatner, Jerry Lewis dan Peter Falk semuanya Yahudi?

Tambahan lagi, Hollywood sendiri diwujudkan oleh orang Yahudi. Antara pengarah dan penerbit, Steven Spielberg, Mel Brooks, Oliver Stone, Aaron Spelling (Beverly Hills 90210), Neil Simon (The Odd Couple), Andrew Vaina (Rambo 1- 2-3), Michael Man (Starsky and Hutch), Milos Forman (One Flew Over The Cuckoo's Nest), Douglas Fairbanks (The Thief Of Baghdad) and Ivan Reitman (Ghostbusters) - semuanya adalah Yahudi.


Mempengaruhi Washington yang merupakan ibu negara Amerika Syarikat, mempunyai satu pertubuhan lobi yang amat berkuasa. Ia dikenali sebagai Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Amerika Israel (AIPAC) yang berupaya mempengaruhi Kongres meluluskan resolusi memuji dan 'membuat apa saja' demi Israel.


Tahukah lagi bahawa William James Sidis dengan IQ 250-300 ialah manusia tercerdik. Dia ialah Yahudi.Jadi, mengapa mereka ini terlalu berkuasa?


Jawapannya: Pendidikan, pelajaran, ilmu.

Monday, January 12, 2009

GERAM!!!

GERAM!!!

ok..ok..

releks la...

tapi aku GERAM!!

cube lu bayangkan la kan..

lu beli perfume oil harge dia kene tunggu offer baru lu mampu beli..

yang lu kalo lu pakai pun setitik je sudah cukup..

itu pun kalo lu mau pegi event2 yang penting aje lu pakai..

kalu tak lu sudah cukup touch up same deodorant..

satu malam..

adek lu masuk lu punye bilik..

lu bau semacam je bilik tu..

rupe2 nye..

adek lu sudah kasik tuang itu botol kecik molek atas dia punya tapak tangan..

itu botol ar..

sepatutnye masih penuh berisi..

alih2 sudah jadi separuh daripade suku!!

lu org boley banyang ka??

betape hancur dan luluh nya hati ini..

uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa..

wa manyak geram r..

sama itu adek!!!

Friday, January 9, 2009

sembuh

opah..


hanya kau seorang yang bergelar opah di

Tuesday, January 6, 2009

madahsicakera

masyghul si hati ini..



KANAK..

owhhhh..

kanak-kanak..

owwhhh..

anak..

owwhhh...

anak-anak...

owhhh...

perlukah diajar??..

supaya tanah ini tiada di timpa kahat..

owwhhh...

jika diajar..

barang kira dia mungkin angkuh dan sombong..

owwwhhh..

atau dia mungkin mahu tunjuk belang dan lagaknya..

oowwwhhh...

akhirannya mempercapak kata-kata kebenaranmu..

penaka seorang jauhari..

hakikatnya hanya seorang hamba sahaya..

cis ..kamu!!

mengapa sesudah berkati laksa ilmu yang kau kendung..

arkian..

kau bertinja di bumi sendiri!!!

oowwwhhh..

dengarlah wahai kakang ku..

dengarlah wahai dansanakku..

buka lah mata dan hati mu seluas-luasnya..

hiruplah angin semilir ini..

tataplah kehijauan gunung nan sali..

jemah..

tiada ruwet di hatimu lagi..

agar nikmat ini..

mapan tempatnya...

cak-cekor

My photo
binasa-membinasa.Satu menista lain gila.