Wednesday, November 9, 2011

JIKA

jika dengan mengingati sang anda,
jalan dakwah dan tarbiyyah ini mampu
di pandu-di pacu laju
sudah tentu dengan darah sekalipun
kalau di butuhkan
aku  tumpahkan!



TAPI,
jika dengan mengingati sang anda,
jalan ini mengulitkan lagi mimpi lena umat
yang panjang
dan menyekatkan jalan kelancaran dakwah dam tarbiyyah ini
lalu menjadi batu-batu kerikil kasar-keras
menyukarkan perjalanan,




rela aku tinggalkan sang anda
di puput bayu-lalu
hilang bersama nafas yang terbebas!

* Tuhan..aku pohon nafas bebas
supaya hati ini
tak lagi kebas berbekas



2 comments:

  1. Salam ain, nice post. Semoga anda terusan dikurniakan dengan mata, minda, tubuh fizikal, jiwa yang tajam sentiasa. Moga terus semangat mengangkat agama Allah di bumiNya ini, sedang rehat hakiki menanti hanya bila mati.

    Btw, tujuan sebenar komen di sini. Ingin minta maaf atas segala yang lalu. Anda tahu siapa saya, insha-Allah. Akan 'membina masjid' dalam summer nanti jika diizinkanNya. Mohon maaf sangat sangat atas kesilapan lalu, agar kita tiada yang dihantui kelak atas kesilapan, salah faham, atau apa sahaja yang telah berlalu, sedang Allah jualah yang Maha Mengetahui jua Maha Pengampun.

    Doakan moga hidup ain gembira dan indah hendaknya dibumi Shamrock ni, berjaya dalam pelajaran dan tsabat atas jalan dakwah. Wallahualam.

    ReplyDelete
  2. subhanallah..jazakallah khair..atas pemberitahuan..insya Allah..moga sama-sama menjadi pemuda yang bergerak untuk mengembalikan izzah pada agamaNya.oh, btw jemputlah hantar kad ke rumah sebelum summer tu.agar tak ketinggalan meraikan hari ke syukuran. barakallahu fi kum..semoga Allah memberkati anda dan pasangan insya Allah..

    ReplyDelete

cak-cekor

My photo
binasa-membinasa.Satu menista lain gila.