sobekan - sobekan kertas .embun,pecahan botol.telah bermantel.sinar bintang - bintang.dan angin yang panjang nafasnya; dia.tak.pernah.tidur.pikir.tentang.akhirat.
Tuesday, October 25, 2011
surat Rooney untuk Drogba yang sedang menangis
Kehadapan Drogba, (wah, nampak awkward bila Rooney menulis begini..)..harap dalam keadaan sihat dan iman turut bertambah sihat..gua tau kejadian yang dulu-lepas banyak makan hati sampai ke perut lu..tapi atas dasar sayangnya gua kat lu kerana Allah subhanahu wa taala, gua terpaksa buat gitu..lu tahu Drogba, seorang sahabat yang mengasihi sahabatnya kerana Allah subhanahu wa taala, akan cuba sedaya upaya, agar sahabatnya tidak jatuh ke lubang neraka. kalau ia pun terjadi, dia kan terjun dan mengambil sahabatnya untuk ke syurga..hebatkan Drogba?
dan bertapa hebatnya, kalu lu nak tahu..apa pasal gua buat lu sedih dan kecik hati sama gua punya sikap; sebab seorang sahabat yang cintakan sahabatnya kerana Allah, akan berhenti melalukan perkara yang dibenci oleh Allah, seperti dia benci dirinya dan sahabatnya untuk masuk ke neraka..
sebelum gua berhenti menulis surat dan lekat setem..gua nak share dengan lu, cakap Allah yang mengukuhkan lagi sebab gua buat lu kecik hati pasal hal yang dulu-lalu..
' Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhan-mu dan mendapatkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.'
'(yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.Dan Allah Mencintai orang yang berbuat kebaikan.'
'dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain ALLAH? Dan mereka Tidak Meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.'
'Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal' ( 133-136: ali' Imran)
Drogba, semoga ayat-ayat Allah ini dapat membersihkan hati dan membalut luka hati lu sebab gua yang banyak kurang..moga lu dapat main dalam chelsea dengan jayanya, dan gua pun harap yang sama.asiffun jiddan, dari temanmua Rooney!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)



No comments:
Post a Comment