sobekan - sobekan kertas .embun,pecahan botol.telah bermantel.sinar bintang - bintang.dan angin yang panjang nafasnya; dia.tak.pernah.tidur.pikir.tentang.akhirat.
Thursday, October 13, 2011
Umar memang kewl bahagian 1
Umar memang kewl. Tiap tengah malam, walaupun tinggal di atas Bar Camdin's Street, Umar tetap bangun tahajjud, membasahkan lidah dan kelopak mata bertasbih mengingati Allah. Lalu menderu-deru malaikat datang dan menghantar report kad Umar kepada Allah. Dan Allah al-aziz akan tanya pada malaikat, 'hamba-Ku Umar ini mahu apa wahai malaikat?'..lalu, para malaikat pun menjawab, 'hamba-Mu ini tak henti-henti mangagungkan nama-Mu, dan memohon keampunan kepada Mu.'lalu Allah berkata, 'aku terima taubatnya, dan mencurahkan rahmat-Ku kepadanya'..
Umar memang kewl.lepas solat tahajjud, dia solat subuh berjemaah.tapi, sebab Umar seorang pemuda yang kewl..dia takkan berlari-lari nak ke masjid.Umar datang awal. Sebab Umar tahu, doa antara azan dan iqamah itu mustajab..selesai berdoa, Umat solat sunat dan baca Quran..Umar yang kewl terus balik ke? Oh mestilah tidak..sebab lepas subuh, Umar yang kewl join halaqah dan buat quranic circle, sebab Umar tahu dia sedang duduk didalam taman-taman syurga yang jauh lagi indah dari Stephen Green Park. sampai hampir waktu dhuha, Umar solat sunat dan pergi ke kolej..
Umar pemuda yang kewl..Umar naik bas, tapi sebab Umar kewl.Umar tak hiraukan hiruk pikuk mat saleh disekeliling Umar..Umar sibuk menanam pokok di syurga..dalam hati Umar, terkumat kamit bertasbih kepada Allah al-aziz 'subhannallah, alhamdulillah, walaa illahaillallah, allahuakhbar'..
Umar memang kewl:)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment