Wednesday, November 9, 2011

JIKA

jika dengan mengingati sang anda,
jalan dakwah dan tarbiyyah ini mampu
di pandu-di pacu laju
sudah tentu dengan darah sekalipun
kalau di butuhkan
aku  tumpahkan!



TAPI,
jika dengan mengingati sang anda,
jalan ini mengulitkan lagi mimpi lena umat
yang panjang
dan menyekatkan jalan kelancaran dakwah dam tarbiyyah ini
lalu menjadi batu-batu kerikil kasar-keras
menyukarkan perjalanan,




rela aku tinggalkan sang anda
di puput bayu-lalu
hilang bersama nafas yang terbebas!

* Tuhan..aku pohon nafas bebas
supaya hati ini
tak lagi kebas berbekas



Tuesday, October 25, 2011

surat Rooney untuk Drogba yang sedang menangis

Kehadapan Drogba, (wah, nampak awkward bila Rooney menulis begini..)..harap dalam keadaan sihat dan iman turut bertambah sihat..gua tau kejadian yang dulu-lepas banyak makan hati sampai ke perut lu..tapi atas dasar sayangnya gua kat lu kerana Allah subhanahu wa taala, gua terpaksa buat gitu..lu tahu Drogba, seorang sahabat yang mengasihi sahabatnya kerana Allah subhanahu wa taala, akan cuba sedaya upaya, agar sahabatnya tidak jatuh ke lubang neraka. kalau ia pun terjadi, dia kan terjun dan mengambil sahabatnya untuk ke syurga..hebatkan Drogba? dan bertapa hebatnya, kalu lu nak tahu..apa pasal gua buat lu sedih dan kecik hati sama gua punya sikap; sebab seorang sahabat yang cintakan sahabatnya kerana Allah, akan berhenti melalukan perkara yang dibenci oleh Allah, seperti dia benci dirinya dan sahabatnya untuk masuk ke neraka.. sebelum gua berhenti menulis surat dan lekat setem..gua nak share dengan lu, cakap Allah yang mengukuhkan lagi sebab gua buat lu kecik hati pasal hal yang dulu-lalu..
' Dan bersegeralah kamu mencari ampunan dari Tuhan-mu dan mendapatkan surga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa.' '(yaitu) orang yang berinfak, baik di waktu lapang mahupun sempit, dan orang-orang yang menahan amarahnya dan memaafkan (kesalahan) orang lain.Dan Allah Mencintai orang yang berbuat kebaikan.' 'dan (juga) orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, segera mengingati Allah, lalu memohon ampunan atas dosa-dosanya, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa-dosa selain ALLAH? Dan mereka Tidak Meneruskan perbuatan dosa itu, sedang mereka mengetahui.' 'Balasan bagi mereka ialah ampunan dari Tuhan mereka dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, mereka kekal di dalamnya. Dan (itulah) sebaik-baik pahala bagi orang yang beramal' ( 133-136: ali' Imran) Drogba, semoga ayat-ayat Allah ini dapat membersihkan hati dan membalut luka hati lu sebab gua yang banyak kurang..moga lu dapat main dalam chelsea dengan jayanya, dan gua pun harap yang sama.asiffun jiddan, dari temanmua Rooney!

Saturday, October 22, 2011

ultimate

setiap manusia itu dipinjamkan dengan berbagai perasaan yang bercampur baur.sekejap gembira.sekejap berduka. ada pula yang memiliki perasaan tersebut dalam pelbagai perihal.umpamanya : 'gua memang rasa tak best hari ni' atau 'gua okey je kot so far'.Tapi pernah tak setiap manusia itu berfikir tentang bagaimana atau sebab perasaan-perasaan itu boleh muncul?..maka, alangkah gembiranya, apabila setiap perasaan itu diletakkan di atas neraca Allah..naahhhh..itulah dinamakan karunia..yakni, disaat segala perasaan itu disandarkan kepada pemilik, pemberi perasaan; seseorang hamba itu mendapat satu nilai yang amat super hebat yakni ; MUQARABBAH! merasakan kehangatan Allah itu benar-benar bersama kita..subhanallah..namun, keadaan ini akan terhakis dan lumpuh, pabila kita sendiri yang mengfuturkannya.

Thursday, October 20, 2011

Ya Allah peliharalah jalan ini..

Menjadi manusia yang berada didalam mana-mana lingkungan kehidupan..sudah tentu berdepan dengan cabaran, konflik dan kesukaran sesuai dengan keberadaan diri pada ketika dan saat itu..namun, cabaran, konflik dan kesukaran yang paling memberatkan hati seseorang yang meletakkan dirinya dalam dakwah dan tarbiyyah ialah KEIMANAN dan KETAKWAAN yang istiqamah..namun, terkadang terjadi juga insiden-insiden "relapse"..di mana setiap hamba itu akan diuji untuk pembersihan hati..namun, sang hati perlu sedar bahawa dosa-dosa yang dianggap kecil itu akan mengurangkan sensitiviti keimanan..yang perlu dibata, disimen, kukuh!..Ya Allah, peliharalah jalan ini, sucikan dan beesihkan lah dari segala jahiliyyah yang merajai nafsu dan akal..astaghfirullah ..

Friday, October 14, 2011

umar memang kewl bahagian 2

Umar memang kewl..setibanya di kolej, Umar terus ambil tempat duduk di bilik kuliah..memandangkan bilik kuliah tempatnya bebas, Umar ambil tempat yang dapat menjaga pandangan Umar dari melihat yang bukan Haq dan tidak pula bersebelahan dengan kaum bukan muhrimnya..Umar memang kewl..Umar berkawan dengan Bob..setibanya Bob, di seblah Umar. Bob menyapa 'Wassup bro??!!!how r u doing today?!' sambil menarik janggut Umar..Umar memang kewl..Umar bangun dan angkat kaki depan Bob..'u see this Bob? my foot is more clean then u since I washed it 5 times a day!'..Umar memang kewl..Umar percaya umat islam adalah aziz (mulia)..dan Umar merasa izzah terhadapnya..Umar pantang orang lain memperkotak katikkan identiti Umar..Umar memang kewl..:)

Thursday, October 13, 2011

Umar memang kewl bahagian 1

Umar memang kewl. Tiap tengah malam, walaupun tinggal di atas Bar Camdin's Street, Umar tetap bangun tahajjud, membasahkan lidah dan kelopak mata bertasbih mengingati Allah. Lalu menderu-deru malaikat datang dan menghantar report kad Umar kepada Allah. Dan Allah al-aziz akan tanya pada malaikat, 'hamba-Ku Umar ini mahu apa wahai malaikat?'..lalu, para malaikat pun menjawab, 'hamba-Mu ini tak henti-henti mangagungkan nama-Mu, dan memohon keampunan kepada Mu.'lalu Allah berkata, 'aku terima taubatnya, dan mencurahkan rahmat-Ku kepadanya'.. Umar memang kewl.lepas solat tahajjud, dia solat subuh berjemaah.tapi, sebab Umar seorang pemuda yang kewl..dia takkan berlari-lari nak ke masjid.Umar datang awal. Sebab Umar tahu, doa antara azan dan iqamah itu mustajab..selesai berdoa, Umat solat sunat dan baca Quran..Umar yang kewl terus balik ke? Oh mestilah tidak..sebab lepas subuh, Umar yang kewl join halaqah dan buat quranic circle, sebab Umar tahu dia sedang duduk didalam taman-taman syurga yang jauh lagi indah dari Stephen Green Park. sampai hampir waktu dhuha, Umar solat sunat dan pergi ke kolej.. Umar pemuda yang kewl..Umar naik bas, tapi sebab Umar kewl.Umar tak hiraukan hiruk pikuk mat saleh disekeliling Umar..Umar sibuk menanam pokok di syurga..dalam hati Umar, terkumat kamit bertasbih kepada Allah al-aziz 'subhannallah, alhamdulillah, walaa illahaillallah, allahuakhbar'.. Umar memang kewl:)

Sunday, October 9, 2011

Saya budak IKRAM!

Bezanya kita islam dengan bukan islam ialah kerisauan kita hanya pada tanggungjawab sebagai hamba dan khalifah, hal-hal rezeki bukanlah kerisauan kami kerana semuanya dari Allah. Berbeza pula dengan satu kaum ini pula, yang sanggup mati dan bunuh diri kerana risaukan rezekinya..

cak-cekor

My photo
binasa-membinasa.Satu menista lain gila.