aku meneguk nes-lo sampai habis, terus letakkannya di atas meja.seperti biasa,muka aku pamerkan penuh lesu dan kurang zat supaya Meng bersetuju untuk belanja aku.al-maklumlah ekonomi aku hari-hari merundum.tanpa wajah-wajah maju di situ.
macam biasa.sebagai balasan kepada jasa baiknya, aku akan berlipur-lara sebagai pakej hidangan tambahan malam itu.
'aku tak mahu cerita artifisyel.cerita mesti tangkap true',itu salah satu piagam yang patut aku ikut setiap kali Meng menjadi pendengarnya.
Ketika itu, RAM kepala aku yang tidak berapa besar mula tersekat-sekat.buntu.hampir semua cerita hampir-hampir betul aku sudah Meng dengar.Dari cerita Charles Brooke berketurunan Jawa,Cindarella yang akhirnya berpoligami, Naruto datang ke Malaysia dan macam-macam lagi.Semuanya Meng sudah pernah dengar.
Kerana meja kami hampir tidak berbumbung, kulit muka aku mula mengeluarkan air masin natural.Meng mula mengerutkan keningnya.Oleh kerana aku terlalu terdesak untuk makan dan minum kerana belum telan apa-apa selain biskut gula Hup Seng sejak pagi tadi.
'Kau pasti suka dengar kisah tendangan Boxing ke pintu tandas awam Klang aku.'aku berharap dapat riak gembira di muka Meng,tetapi haram.
Petang sabtu lepas,aku dan Sue cuci mata di Klang.Separuh langkah sebelum Klinik Siva perut aku merintih perih.Mungkin Biskut Hup Seng aku yang buat hal.jadi,bergegas-gegaslah kami ke tandas awam berdekatan.Selesai membayar RM0.30 setiap kepala.aku meluru dengan penuh kepantasan.
tanpa berfikir dengan panjang dan penuh dalam.aku menolak pintu tandas.
'PPAAANNGGGGGGG!!!!!',satu tendangan super dasyat ke daun pintu pernah aku lihat.seorang makhluk tuhan juga berada di dalam.
aku sepam..

kenapa tajuk dia ada volume 1? ada volume 2 lak ke?
ReplyDeletebarangkali..
ReplyDelete