Thursday, October 15, 2009

ambiguas.

mood aku menjiwang bila malam.
setan banyak bisik menista.
takut aku.
pada keberadaan yang entah apa.
sedang kawan.
basah tanah berlawan.
dan aku?
masih sawan.

tuan.
jangan biar aku gantung tak bertuan.
tuan.
kawan aku mati.
tidak berlawan.

encik.
jangan tekan kepala aku kuat sangat.
aku tak penat.

encik.
jangan tarik hempedu aku kasar sangat.
aku tak kuat.

Tuhan.0.tuhan.
jangan biar aku gumam bisu.

Saturday, October 10, 2009

a.k.u.c.a.r.i.t.u.h.a.n

sejuk.hangat.
dingin.pijar.
berbaur.ntah apa rasa.

tuhan..
aku cari KAMU.

gelap.terang.
kelam.tenang.
berbaur.entah apa rasa.

tuhan..
aku rindu KAMU.

senyum.tawar.
tawa.muram.
berbaur entah apa rasa.

tuhan..
aku panggil KAMU.

berdialog lah dengan aku.
ini ujian atau apa?

tuhan..
aku cari KAMU.
aku rindu KAMU.
aku panggil KAMU.

jangan biar aku gumam bisu.
tuhan..

Thursday, October 8, 2009

pemberi.




aku juga mahu hidup.
memberi sebanyak-banyaknya.
bukan menerima sebanyak-banyaknya.

baru persona~

aku hulur;kau sambut.
jangan segan ya~

tuhan.o.tuhan

berdentum tangkai nyawa.
bergetar jiwa sampai ke sorga.

tuhan.o.tuhan.

rasa apa KAU timpa ini?
bergetar bergegar.
mati aku dibobrok dunia grotesk.

sial.rasa ini rasa sial!
izin ;
lepas aku dari kepompong rasa sial.
walau sebentar~

Tuesday, October 6, 2009

gersang

melihat dua ekor kucing berkejar-kejaran bercanda bercinta (dan akhirnya bercumbu) di depan biliknya membuatkan Dean rasa satu ruang kosong hitam dalam hidup Dean.
ruang itu seakan-akan black hole yang menelan , memusnah , melenyap segala warna-cahaya-sinar dalam hidup Dean.
Seakan akan pahit , kelat , hambar rasa hidup Dean.Semua rasa mengula hidupnya sudah habis di hisap ruang celaka itu.
Dean sudah tiada nafas lagi untuk pikul beban ini.Dean tak mahu hidup dalam gelap lagi.


Selamat tinggal!Selamat tinggal!kata Dean seorang diri.

lalu Dean meluru ke arah kucing betina yang sedang bercanda bercinta.
lalu di terkamnya kucing itu.


'Ini aku punya sial!',jerit Dean ke telinga si kucing jantan.

Gumam si kucing jantan melihat kelaku si Dean.

Sunday, October 4, 2009

pijak.




pijak.pijak.pijak.pijak.pijak.dan.
pijak.pijak lagi.lagi pijak.pijak.pijak.
pijak lagi.pijak lagi.lagi pijak.dan pijak.dan pijak.pijak lagi.
dan pijak lagi.
pijak.pijak.pijak.pijak.pijak lagi.lagi.lagi.lagi.lagi.
pijaklah lagi.pijak lagi hati aku!
puas?


notakaki : pada kawan perempuan aku.nah.aku sudah lepaskan untuk kamu.harap kamu bebas ya?jangan tangis lagi~

Saturday, October 3, 2009

....

bermain-main dengan kalam
dan tinta di ruang
kosong kelam berbalam

dalam diam..

'..aku pun rasa..'
'..sama suka..'

cak-cekor

My photo
binasa-membinasa.Satu menista lain gila.