Thursday, October 8, 2009

tuhan.o.tuhan

berdentum tangkai nyawa.
bergetar jiwa sampai ke sorga.

tuhan.o.tuhan.

rasa apa KAU timpa ini?
bergetar bergegar.
mati aku dibobrok dunia grotesk.

sial.rasa ini rasa sial!
izin ;
lepas aku dari kepompong rasa sial.
walau sebentar~

Tuesday, October 6, 2009

gersang

melihat dua ekor kucing berkejar-kejaran bercanda bercinta (dan akhirnya bercumbu) di depan biliknya membuatkan Dean rasa satu ruang kosong hitam dalam hidup Dean.
ruang itu seakan-akan black hole yang menelan , memusnah , melenyap segala warna-cahaya-sinar dalam hidup Dean.
Seakan akan pahit , kelat , hambar rasa hidup Dean.Semua rasa mengula hidupnya sudah habis di hisap ruang celaka itu.
Dean sudah tiada nafas lagi untuk pikul beban ini.Dean tak mahu hidup dalam gelap lagi.


Selamat tinggal!Selamat tinggal!kata Dean seorang diri.

lalu Dean meluru ke arah kucing betina yang sedang bercanda bercinta.
lalu di terkamnya kucing itu.


'Ini aku punya sial!',jerit Dean ke telinga si kucing jantan.

Gumam si kucing jantan melihat kelaku si Dean.

Sunday, October 4, 2009

pijak.




pijak.pijak.pijak.pijak.pijak.dan.
pijak.pijak lagi.lagi pijak.pijak.pijak.
pijak lagi.pijak lagi.lagi pijak.dan pijak.dan pijak.pijak lagi.
dan pijak lagi.
pijak.pijak.pijak.pijak.pijak lagi.lagi.lagi.lagi.lagi.
pijaklah lagi.pijak lagi hati aku!
puas?


notakaki : pada kawan perempuan aku.nah.aku sudah lepaskan untuk kamu.harap kamu bebas ya?jangan tangis lagi~

Saturday, October 3, 2009

....

bermain-main dengan kalam
dan tinta di ruang
kosong kelam berbalam

dalam diam..

'..aku pun rasa..'
'..sama suka..'

Friday, September 25, 2009

dahi.

dua malam tak tidur.lepak dalam jamban duduk.dan akhirannya dikejarkan ke wad kecemasan.lepas azan subuh.luluh jantung.rungsing akal.atas katil ospital.mana pernah empuk.tak best langsung.aku pegang dahi.masih panas lagi~

Wednesday, September 23, 2009

kandil kemerlap.

langit berbaju suram
malam kelam berbalam
akulah kandil kemerlap

hidupnya tanpa guna
bicaranya
haram ertinya

akulah kandil kemerlap
hidupnya
tanpa erti
bernafas dalam mati.

ceroi.

telan air lata kinjang.terus mencekik nasi lemak.bersama air berserdak kulit pokok.malamnya di isi dengan berkugiran.sampai anak tekak bermaki-makian.digulai dengan senyuman abang polis ketika OPS.SIKAP!tidur panjang yang tak enak dalam tandas duduk rumah!cirit birit!aduh.celaka apa ini!

cak-cekor

My photo
binasa-membinasa.Satu menista lain gila.